PENGENALAN

Kursus ini juga dikenali sebagai Kenegaraan Malaysia. Maklamat utama kursus Pengajian Malaysia ialah untuk melahirkan warganegara yang setia dan cinta kepada Negara, berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapi cabaran kearah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan Malaysia di arena antarabangsa. Selain itu, liputan kuliah turut melibatkanperbincangan mengenai 10 topik, antaranya adalah zaman prasejarah Malaysia, zaman kemerdekaan, pembentukan Malaysia, sistem dan struktur pentadbiran Negara, sistem demokrasi di Malaysia, perlembagaan, dasar-dasar utama dan juga isu-isu semasa social dan politik di Malaysia. Hubungan Malaysia dengan negara-negara luar serta cabaran-cabaran semasa yang didapati oleh Malaysia turut mendapat liputan di dalam kursus ini.

Tuesday 11 August 2015

BIODATA

Nama :-


1) MOHD AMIRUL HAQIMI BIN MOHD HUSSIN
2) MUHAMMAD HARIS BIN NASRUDDIN
3) MUHAMMAD SYAFIQ BIN AHMAD MAS'AB
4) MUHAMMAD ZULKIFLI BIN ABDUL HALIM 
5) MUHAMMAD AZMEER BIN ADNAN
6) MUHAMMAD FARHAN BIN HAISMAREE


No. Matrik :-


  1. 02DKA15F1114
  2. 02DKA15F1045
  3. 02DKA15F1146
  4. 02DKA15F1134
  5. 02DKA15F1029
  6. 02DKA15F1174
Program:DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

Sesi: JUN 2015

Jabatan:KEJURUTERAAN AWAM


Nama pensyarah: PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MUHD SUKHRI 


PENGENALAN

Dasar Pembangunan Negara

           Sesuatu pembangunan memerlukan dasar. Dasar pembangunan merupakan asas atau tapak, panduan besar, falsafah (yang ada matlamat dihujungnya) dan peraturan mengenai cara mencapai matlamat dasar tersebut.

           Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Umumnya, pembangunan adalah merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Ia juga meliputi aspek-aspek kebendaan dan bukan kebendaan, sumber fizikal dan sumber manusia. Umumnya, pembangunan merupakan kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk mempastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas (makanan, pakaian, tempat tinggal), pekerjaan, dan kesamarataan.



KEPENTINGAN DASAR PEMBANGUNAN 

         
           Malaysia tidak menggunakan kaedah barat dalam usaha menjadi negara industri. Malaysia mempunyai perancangan dan dasar-dasar pembangunan yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah dan keperluan rakyatnya.

           Memandangkan kepentingan dan keperluan pembangunan, kerajaan telah membentuk dasar-dasar pembangunan yang akan menjadi asas, pemandu, tapak, dan peraturan pembangunan. Dasar-dasar pembangunan ini tercatat dalam dokumen rasmi kerajaan, khususnya dalam buku-buku Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara.



PERKEMBANGAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA 

           
           Pembangunan peringkat pertama telah tercapai apabila negara mencapai kemerdekaan-iaitu bebas daripada penjajahan dan telunjuk penjajah. Pengisiann kemerdekaan adalah dalam bentuk meningkatkan taraf hidup masyarakat, khususnya masyarakat luar bandar.

           Dasar dan perancangan pembangunan yang lebih sistematik ketara dalam zaman selepas merdeka-iaitu bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaya Kedua.


           Rancangan pembangunan negara dilakukan mengikut tahap-tahap (tahun) tertentu. Oleh sebab itu, nama rancangan pembangunan ialah Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang lazimnya disebut sebagai Rancangan Malaysia.



PENEKANAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN 

         
              Setiap rancangan pembangunan biasanya menekankan kepada aspek dan pembangunan-pembangunan tertentu seperti pembangunan pertanian, ekonomi dan sebagainya.

           Setiap rancangan pembangunan mempunyai strategi-strategi tertentu untuk mencapai matlamat pembangunan. Sebagai contoh, Rancangan Malaysia Keenam mempunyai strategi-strategi tertentu untuk terus mengekalkan dan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.


           Dasar pembangunan menjadi lebih ketara, khusunya bermula dari tempoh Rancangan Malaysia Kedua sehingga Rancangan Malaysia Kelima (1971-1990)-iaitu dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Pangjang 1 (RRJP1) yang meliputi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan seterusnya dalam Rancangan Malaysia Keenam sehingga Rancangan Malaysia Ketujuh (1990-2000)-iaitu dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) yang meliputi Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

ISI



Dasar Ekonomi Baru (DEB)

   Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dalam tahun 1970 sebagai tindak balas atau reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969.



     Program-program pembangunan sejak merdeka belum dapat mengatasi perbezaan sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera, desa dengan bandar, negeri-negeri pantai barat dengan pantai timur dan negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. DEB diperkenalkan dan dilancarkan bagi tempoh 20 tahun (1971-1990).

     Dasar Ekonomi Baru adalah tercakup dalam RRJP1 (1970-1990). Matlamat DEB adalah serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat supaya aktiviti ekonomi tidak dikaitkan dengan mana-mana kaum atau keturunan.

  DEB merupaka satu strategi negara dalam menghadapi realiti 'perbezaan etnik' dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia juga merupakan satu dasar yang mempunyai cabaran, pengorbanan dan iltizam yang memerlukan satu perubahan sikap atau mental semua penduduk di negara ini.

   Secara keseluruhannya, DEB telah berjaya membawa perubahan dalam tempoh dua puluh tahun ia dilaksanakan (1971-1990) sepanjang tempoh RRJP1.

Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP)

          
     Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) meliputi tempoh 1971-90 kini telah tamat. Di bawah rangka ini, Kerajaan telah melaksanakan empat rancangan pembangunan bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-75) hingga Rancangan Malaysia Kelima (1986-90). Rancangan-rancangan pembangunan ini telah dilaksanakan di bawah rangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970, berikutan daripada peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969. Dasar ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pert umbuhan dengan pengagihan yang saksama ke arah mencapai matlamat perpaduan di kalangan kaum di negara ini.

    Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang meliputi tempoh 1991-2000 telah digubal berasaskan kepada dasar yang dikenali sebagai Dasar Pembangunan Baru (DPB). DPB akan memperkukuhkan lagi pencapaian di sepanjang RRJP1 untuk mempercepatkan proses membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam usaha memperbaiki lagi ketidak¬seimbangan sosial dan ekonomi. Ia merupakan satu rangkadasar yang lebih luas bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi untuk tempoh sepuluh tahun akan datang dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat. Semasa menggubal DPB, Kerajaan telah menimbangkan pandangan dan cadangan berbagai pihak termasuk Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara mengenai dasar negara selepas 1990.

     Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang merupakan pembangunan dekad kedua Wawasan 2020 menumpukan kepada meningkatkan keutuhan dan daya saing negara. Dalam tempoh ini, usaha akan dilaksana untuk mempertingkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya semua rakyat dapat menikmati kemakmuran. Perpaduan negara akan terus menjadi tonggak pembangunan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi kumpulan etnik, bahasa, budaya dan agama akan diambil kira dalam memupuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni, bertolak ansur dan dinamik. Dasar pembangunan sosioekonomi yang telah menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat akan terus diberikan keutamaan.








Rancangan Malaysia (RM)

           Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

           Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

RUMUSAN

            Pembangunan negara bertujuan untuk mencapai kesejahteraan rakyat supaya semua rakyat tanpa mengira kaum dapat menikmati kehidupan yang sempurna. Dengan demikian, dasar-dasar pembangunan dibentuk untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu. Usaha-usaha pembangunan ekonomi adalah bertujuan untuk mengurangkan lagi jurang perbezaan antara kaum, wilayah dan negeri agar integrasi nasional dapat dicapai.




CADANGAN

  • Belia perlu melibatkan diri dalam Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan
  • Membangunkan tanah kerajaan di lokasi yang strategik dengan sektor swasta dan GLC untuk meningkatkan hasil kerajaan
  • Dana tambahan sebanyak RM200 juta disediakan bagi skim mikro kredit di bawah seliaan Bank Negara Malaysia
  • Masa perniagaan pasar raya besar dan pusat beli-belah dilanjutkan
  • Tempoh bayaran balik pinjaman perumahan kerajaan sedia ada melanjutkan daripada 25 tahun ke 30 tahun



RUJUKAN


1. Buku Pengajian Malaysia Edisi Kelima Oxford Fajar (Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin)
2. Negara Kita Edisi Kedua (Intan)
3. Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi (Mohd. Rosli Mohamad & Mohamed Aslam Gulam Hassan) Terbitan Universiti Malaya, cetakan kedua, 2003
4. Dasar-dasar Pembangunan Malaysia Institut Tabiran Awam Negara (Intan) Malaysia 1994, cetakan ketiga 1997
5. Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) Terbitan Unit Perancang dan Pembangunan Negeri (UPPN), cetakan pertama 2001
6. Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri 2006
7. Internet ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia )