PENGENALAN

Kursus ini juga dikenali sebagai Kenegaraan Malaysia. Maklamat utama kursus Pengajian Malaysia ialah untuk melahirkan warganegara yang setia dan cinta kepada Negara, berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapi cabaran kearah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan Malaysia di arena antarabangsa. Selain itu, liputan kuliah turut melibatkanperbincangan mengenai 10 topik, antaranya adalah zaman prasejarah Malaysia, zaman kemerdekaan, pembentukan Malaysia, sistem dan struktur pentadbiran Negara, sistem demokrasi di Malaysia, perlembagaan, dasar-dasar utama dan juga isu-isu semasa social dan politik di Malaysia. Hubungan Malaysia dengan negara-negara luar serta cabaran-cabaran semasa yang didapati oleh Malaysia turut mendapat liputan di dalam kursus ini.

Tuesday 11 August 2015

PENGENALAN

Dasar Pembangunan Negara

           Sesuatu pembangunan memerlukan dasar. Dasar pembangunan merupakan asas atau tapak, panduan besar, falsafah (yang ada matlamat dihujungnya) dan peraturan mengenai cara mencapai matlamat dasar tersebut.

           Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Umumnya, pembangunan adalah merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Ia juga meliputi aspek-aspek kebendaan dan bukan kebendaan, sumber fizikal dan sumber manusia. Umumnya, pembangunan merupakan kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk mempastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas (makanan, pakaian, tempat tinggal), pekerjaan, dan kesamarataan.



KEPENTINGAN DASAR PEMBANGUNAN 

         
           Malaysia tidak menggunakan kaedah barat dalam usaha menjadi negara industri. Malaysia mempunyai perancangan dan dasar-dasar pembangunan yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah dan keperluan rakyatnya.

           Memandangkan kepentingan dan keperluan pembangunan, kerajaan telah membentuk dasar-dasar pembangunan yang akan menjadi asas, pemandu, tapak, dan peraturan pembangunan. Dasar-dasar pembangunan ini tercatat dalam dokumen rasmi kerajaan, khususnya dalam buku-buku Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara.



PERKEMBANGAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA 

           
           Pembangunan peringkat pertama telah tercapai apabila negara mencapai kemerdekaan-iaitu bebas daripada penjajahan dan telunjuk penjajah. Pengisiann kemerdekaan adalah dalam bentuk meningkatkan taraf hidup masyarakat, khususnya masyarakat luar bandar.

           Dasar dan perancangan pembangunan yang lebih sistematik ketara dalam zaman selepas merdeka-iaitu bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaya Kedua.


           Rancangan pembangunan negara dilakukan mengikut tahap-tahap (tahun) tertentu. Oleh sebab itu, nama rancangan pembangunan ialah Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang lazimnya disebut sebagai Rancangan Malaysia.



PENEKANAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN 

         
              Setiap rancangan pembangunan biasanya menekankan kepada aspek dan pembangunan-pembangunan tertentu seperti pembangunan pertanian, ekonomi dan sebagainya.

           Setiap rancangan pembangunan mempunyai strategi-strategi tertentu untuk mencapai matlamat pembangunan. Sebagai contoh, Rancangan Malaysia Keenam mempunyai strategi-strategi tertentu untuk terus mengekalkan dan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.


           Dasar pembangunan menjadi lebih ketara, khusunya bermula dari tempoh Rancangan Malaysia Kedua sehingga Rancangan Malaysia Kelima (1971-1990)-iaitu dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Pangjang 1 (RRJP1) yang meliputi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan seterusnya dalam Rancangan Malaysia Keenam sehingga Rancangan Malaysia Ketujuh (1990-2000)-iaitu dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) yang meliputi Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

No comments:

Post a Comment