PENGENALAN

Kursus ini juga dikenali sebagai Kenegaraan Malaysia. Maklamat utama kursus Pengajian Malaysia ialah untuk melahirkan warganegara yang setia dan cinta kepada Negara, berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapi cabaran kearah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan Malaysia di arena antarabangsa. Selain itu, liputan kuliah turut melibatkanperbincangan mengenai 10 topik, antaranya adalah zaman prasejarah Malaysia, zaman kemerdekaan, pembentukan Malaysia, sistem dan struktur pentadbiran Negara, sistem demokrasi di Malaysia, perlembagaan, dasar-dasar utama dan juga isu-isu semasa social dan politik di Malaysia. Hubungan Malaysia dengan negara-negara luar serta cabaran-cabaran semasa yang didapati oleh Malaysia turut mendapat liputan di dalam kursus ini.

Monday, 31 July 2017

SEM 5 DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM



DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN JENAYAH SETEMPAT, BINCANGKAN KONSEP KEJIRANAN YANG SEBENAR”


 NAMA PENSYARAH : USTAZ SAIFUL NIZAM BIN MUKHTAR

NAMA
NO   MATRIK
MOHD AMIRUL HAQIMI BIN MOHD HUSSIN
02DKA15F1114
MUHAMMAD AZMI BIN MOHD RADZI
02DKA15F1081
NUR ARIFF BIN SHAHAR
02DKA15F1097
MOHAMMAD ZULKHAIRI
02DKA15F1142
MUHAMMAD HARIS SYAFIQ BIN RAMDAN
02DKA15F1029
MUHAMMAD NABIL SADEEQ BIN ROSLI
02DKA15F1166
MOHD NASRIZAL BIN RALLIBI
02DKA15F1013
MUHAMMAD SYAFIQ BIN AHMAD MAS’AB
02DKA15F1146




ISI KANDUNGAN

BIL
TAJUK
MUKA/SURAT
1
PENGENALAN
a)      Definisi Kejiranan Dalam Islam
b)      Definisi Kejiranan Dalam Bahasa/Etimologi

2
ISI
a)      Hak jiran yang perlu dipelihara
b)      Bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan jiran
c)       Kebaikan/hikmah mewujudkan hubungan baik dengan jiran
d)      Keburukkan dalam tidak mengamalkan amalan berjiran
e)      Jiran bukan islam
3
PENUTUP






                                                      





PENGENALAN


MAKSUD JIRAN
DEFINISI:             
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.



MAKSUD KEJIRANAN DALAM ISLAM


Dewasa ini kita menyaksikan masyarakat semakin rosak dan porak poranda. Ya, saya tak pernah mengecualikan diri saya. Saya juga terdedah kepada kerosakan itu. Antara puncaya ialah institusi kekeluargaan dan kejiranan yg tidak diberikan perhatian sepenuhnya. Kita berbicara tentang isu kejiranan. Seorang penduduk di sebuah kawasan perumahan misalnya tidak merasakan dirinya bertanggungjawab untuk mengetahui keadaan sekitar rumahnya. Rumah jiran dimasuki pencuri. Anak jiran ponteng sekolah, terlibat dengan gejala sosial. Isteri jiran curang. Seolah-olah dia terlupa bahawa dia juga sedang terdedah kepada perkara-perkara sedemikian jika terus bertindak tidak mempedulikan jiran tetangganya.
Saya ingin menulis secara ringkas tentang isu kejiranan ini. Islam merupakan agama yg syumul. Kejiranan ialah satu cabang kesyumulan Islam. Allah memerintahkan hamba-hambaNya supaya berbuat baik kepada jiran tetangga. Firman Allah Taala di dalam Surah An-Nisa' ayat 36 yg bermaksud:
"Dan sembahlah Allah, dan janganlah kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yg mempunyai hubungan kerabat dan jiran tetangga yg bukan kerabat."
Rasulullah sendiri terlalu memandang berat akan hak-hak jiran dan menggesa supaya berbuat baik kepada mereka. Baginda juga melarang keras daripada menyakiti dan meyusahkan jiran. Sehingga Rasulullah pernah bersabda:

"Jibril sentiasa berpesan kepada aku tentang hak jiran sehingga aku menyangka dia (jiran) akan mewarisi harta pusaka" Hadith 'Aisyah & Ibnu Umar, Riwayat Bukhari & Muslim.
Nasihat Jibril yg terlalu kerap menyentuh hak-hak jiran menyebabkan Rasulullah menyangka bahawa jiran juga akan mendapat bahagian dalam pembahagian harta pusaka. Rasulullah juga bersabda:

"Sesiapa yg beriman dengan Allah Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada jirannya" Hadith Abi Syuraih, Riwayat Bukhari & Muslim.
Maksudnya, selagi mana sesorang itu menganggu jirannya, memfitnahnya dan melakukan kejahatan kepadanya, maka dia belum dianggap sebagai seorang Mukmin yg baik. Jiran yg paling berhak untuk dilakukan kebaikannya ialah yg paling dekat pintunya dengan rumah kita. Oh, semalam kawan saya mengadu dia telah diludah oleh jiran rumahnya. Astaghfirullah.


PEMBAHAGIAN JIRAN

Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :

Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.


HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.

Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudharat.
Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.
Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak.





BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN JIRAN


1.   Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu
2.   Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya sehari-hari
3.   Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah
4. Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan bersegera   memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta
5.      Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT
6.   Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara sekalipun
7.   Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita umpamanya meletakkan batang kayu di dinding rumahnya
8.  Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya
9.      Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya
10. Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di matamu dan jangan hebohkan kepada sesiapapun
11.Berikanlah dia semangat untuk terus berusaha menghadapi kesukaran apabila kesukaran menimpanya
12.  Jangan lalai menjaga rumahnya pada waktu dia tiada atau sedang bermusafir
13. Jangan mendengar kata-kata orang lain yang mengeji dirinya, yang berupa umpatan atau berita-berita yang tidak menyenangkan
14.  Tundukkan matamu sewaktu melihat isteri/suaminya
15.  Jangan selalu memandang hamba/pembantu rumahnya
16.  Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya baik dalam percakapan atau lain-lain
17.  Tunjukkan sesuatu yang tidak diketahui oleh saudaranya, baik yang dalam urusan keduniaan atau keakhiratan.

KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN JIRAN

KESAN BAIK
DIRI :
MASYARAKAT:
NEGARA:
Diberi petunjuk di dunia dengan ucapkan kata-kata yang baik
Mendapat layanan yang baik dari masyarakat.
Menjadi khazanah yang boleh diwarisi.
Sikap yang kasar dan keras hati akan menyebabkan orang akan menjauhkan diri dari kita.
Melahirkan masyarakat yang baik,bertanggungjawab dan penuh amanah.
Mengeratkan hubungan silaturrahim serta menyemarakkan lagi semangat muhibbah.

Mengamalkan amalan berbudi bahasa akan mencerminkan keperibadian seseorang.
Menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain.
Melahirkan bangsa yang penyayang.

KESAN BURUK
Diri
masyarakat
negara
Kurangnya kesedaran sivik terhadap harta benda awam.
Keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat.
Pembangunan negara akan terbantut kerana tiada persefahaman antara masyarakat.
Dipandang serong oleh masyarakat.
Wujudnya jurang antara golongan tua dengan golongan muda.
Meningkatkan kes jenayah dalam negara.
Tidak dipercayai oleh orang sekeliling.
Berlakunya perbalahan antara masyarakat.
Pandangan serong daripada masyarakat luar.




AMALAN BERJIRAN DENGAN JIRAN BUKAN ISLAM

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya agama Allah (Islam) itu hanifiyyah dan samahah.” (Riwayat Bukhari secara mu’allaq, Ahmad)

Hanifiyyah maksudnya lurus dan benar, samahah maksudnya penuh kasih sayang dan toleransi.

Terhadap orang kafir yang tidak memerangi Islam ini,  telah diajar adab-adab yang unik untuk bergaul dengan mereka, antaranya:

1.      Dianjurkan berbuat baik dalam muamalah dan pergaulan.

Allah SWT telah berfirman: 

{Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik (dalam urusan dunia) dan berlaku adil terhadap orang-orang (kafir) yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Mumtahanah :8).

Ayat ini juga merupakan dalil bolehnya berjual-beli dan berniaga dengan orang kafir selama bukan yang haram. Rasulullah s.a.w dan para sahabat juga dahulu berniaga dengan orang kafir. Dari segi pergaulan pula, seorang Muslim boleh berbuat baik kepada non-Muslim dalam suasana damai dengan membantu dari segi kewangan, memberi makan, memberi pinjaman, menolong mereka dalam perkara-perkara yang harus, serta berlemah-lembut dalam tutur kata. Kita juga boleh menziarahi mereka yang sakit sama ada di hospital atau di rumah.  Perkara ini jelas sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari bahawa Nabi s.a.w menziarahi anak orang Yahudi yang sakit dan mengajaknya memeluk Islam.


2.      Tidak boleh menyakiti mereka tanpa hak      
         
Haram menyakiti dan mengganggu orang kafir tanpa hak, apalagi menyakiti atau sehingga membunuh mereka. Bahkan doa orang kafir yang terzalimi itu mustajab. 

Nabi s.a.w bersabda:
Berhati-hatilah terhadap doa orang yang dizalimi, walaupun ia non-muslim. Kerana tidak ada penghalang antara Allah dengannya."  (Riwayat Ahmad, sahih).
                                                                             
Nabi s.a.w juga bersabda: 
“Sesiapa yang membunuh seorang kafir mu’ahad (dalam perjanjian damai) tanpa hak, ia tidak mencium bau syurga.” (Riwayat Ibnu Hibban, sahih).

3.      Dianjurkan berbuat baik kepada jiran kafir

Nabi s.a.w bersabda: 
“Jibril sentiasa mewasiatkan aku untuk berbuat baik kepada jiran sehingga aku menyangka ia akan dapat mewarisi dariku.” (Muttafaqun ‘alaihi).

Perkataan jiran di sini bermaksud umum, sama ada jiran yang Muslim mahupun kafir. Inilah bentuk toleransi yang indah yang diajarkan oleh Islam.

4.       HAD TOLERANSI TERHADAP NON-MUSLIM.

Toleransi juga ada hadnya. Dalam hal ibadah dan aqidah pasti tidak ada ruang untuk toleransi. Bahkan seluruh agama tentu tidak membenarkan penganutnya untuk meyakini aqidah agama lain, atau beribadah dengan ibadat agama lain. 

Demikian juga Islam, bahkan telah jelas termaktub dalam Al-Quran yang bermaksud: 
“Untukmu agamamu, dan untukku, agamaku.”(Al-Kafirun: 6).

Maka terdapat beberapa perkara yang perlu diingat dalam bergaul dengan non-muslim:

1.      Wajib membenci ajaran kekufuran dan orang kafir

Hakikat ajaran Islam adalah berserah diri kepada Allah dengan mentauhidkan-Nya, dan taat terhadap perintahnya-Nya dan menjauhi larangan-Nya, serta berlepas diri daripada kesyirikan dan orang musyrik. Ini  adalah natijah dari ucapan syahadah kita. 
Maka tidak mungkin kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan mentauhidkan Allah; mengakui dan berlapang dada terhadap ajaran yang menyatakan ada sembahan selain dari Allah, tidak membenci kekafiran dan tidak membenci ajaran kekafiran dan kemusyrikan. 
Allah Ta’ala berfirman:
“Tidak akan kamu dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, mereka berkasih-sayang kepada orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya.” (Al-Mujadalah: 22).
Kita mesti kuatkan aqidah dan keyakinan agama kita, kerana itu, Nabi s.a.w mengajarkan kita doa ini: 
“Ya Allah perelokkanlah agama kami, yang merupakan perisai urusan kami.” (Riwayat Muslim).
Kerana urusan agama dan keyakinan inilah yang akan menjadi perisai kita dari api neraka kelak.

2. Tidak boleh menjadikan orang kafir sebagai auliya'.

Auliya' dalam bentuk jamak dari wali iaitu orang yang lebih dicenderungi untuk diberikan pertolongan, rasa sayang dan sokongan. (Aysar At-Tafasir: 305).

Dalam Al-Quran, banyak sekali ayat yang melarang kita menjadikan orang kafir sebagai auliya'. 
Di antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: 
{Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi auliya' dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Sesiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah kecuali kerana (helah untuk) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri(siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).” (Al Imran: 28).
Maka anjuran berbuat baik dan ihsan kepada jiran kafir atau orang kafir secara umum, hanya setakat perbuatan baik yang wajar, tidak boleh sehingga menjadikan mereka orang yang dekat di hati, sahabat, orang kepercayaan atau yang dicenderungi untuk diberikan kasih sayang, apalagi menjadikan orang kafir sebagai pemimpin. Wallahul musta’an.
3. Tidak boleh menyerupai orang kafir

Nabi s.a.w bersabda: 
“Orang yang menyerupai suatu kaum, maka ia sebahagian dari kaum tersebut.” (Riwayat Abu Daud, hasan).

Yang dilarang di sini adalah menyerupai mereka dalam sesuatu perkara dan sifat yang khas bagi mereka, sama ada dalam ibadah, cara berpakaian, kebiasaan, adat dan lainnya. Kerana ini menunjukkan tidak adanya bara-ah (kebencian) terhadap ajaran kufur dan orangnya. Juga kerana meniru mereka dalam perkara zahir akan menyeret kita untuk meniru mereka dalam perkara batin iaitu aqidah.

Termasuk juga dalam hal ini, tidak boleh memakai simbol-simbol agama lain. 
Nabi Muhammad s.a.w ketika melihat 'Adi bin Hatim r.a memakai rantai salib, Baginda bersabda:
"Wahai ‘Adi, buang berhala yang ada di lehermu.” (Riwayat At-Tirmizi, hasan).

Termasuk dalam larangan ini juga, tidak boleh ikut merayakan perayaan orang kafir. 
Khalifah Umar bin al-Khathab r.a pernah berkata: 

“Janganlah kamu memasuki tempat ibadat non muslim di gereja-gereja mereka pada hari raya mereka. Kerana pada waktu itu sedang turun kemurkaan Allah.” (Riwayat Abdurrazaq).










5.      Muslim dan kafir bukan saudara dan tidak saling mewarisi

Tidak dibolehkan memanggil “wahai saudaraku,” kepada non-muslim kecuali jika dia memang saudara kandung atau saudara sepersusuan. Kerana jika persaudaraan nasab (keturunan) atau persusuan dinafikan maka tidak ada persaudaraan yang tinggal kecuali persaudaraan kerana agama. Seorang kafir bukanlah saudara bagi seorang Muslim dalam agamanya. 
Ingatlah perkataan Nabi Allah Nuh dalam Al-Quran yang bermaksud: 
{"Wahai Tuhan, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.“ Allah berfirman: "Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu”.” (Hud: 45-46).
(Majmu’ Fatawa wa ar-Rasail). 

Seorang muslim juga tidak mendapat bahagian (mewarisi harta) dari keluarganya yang meninggal dalam keadaan kafir, serta sebaliknya. 
Nabi s.a.w bersabda: 
“Seorang Muslim tidak mewarisi dari seorang kafir dan seorang kafir tidak juga mewarisi dari seorang Muslim.” (Muttafaqun ‘alaih).

Dan beberapa batasan lagi yang tidak mungkin kami bahas semuanya dalam kesempatan ini.

6.      Yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya adalah kita berharap dan berusaha agar orang kafir mendapat hidayah.

Hendaklah memberi kesempatan kepada orang-orang kafir untuk mendengar kalamullah. Mungkin mereka tidak beriman kepada Allah SWT  kerana belum pernah mendengar firman Allah. 
Allah SWT berfirman:

{Dan jika seseorang dari orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah. Kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.” (At-Taubah: 6)

Maka hendaklah seboleh mungkin mengajaknya kepada agama Allah dan menjelaskan hakikat Islam, sepadan dengan ilmu yang kita miliki, setakat yang kita mampu. Kerana ini adalah perbuatan baik yang paling baik terhadap mereka. 

Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
"Sesiapa yang menunjukkan kepada hidayah maka dia mendapat pahala seumpama penerimanya." (Riwayat Muslim).

Demikianlah beberapa adab yang harus dipegang teguh oleh orang Islam dalam hubungannya dengan non-Muslim. Islam telah mengajar toleransi yang indah terhadap orang kafir, namun ia tetap ada batasannya. Kaum mukminin adalah kaum yang pertengahan, tidak berlebihan namun tidak juga tidak terlalu meremehkan. 


PENUTUP

Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.

Kesimpulannya ialah, ajaran Islam menuntut kita bercampur gaul dan bermesra dengan masyarakat. Salah satu kumpulan manusia yang memainkan peranan besar meningkatkan kebahagiaan keluarga ialah jiran. Jiran yang tinggal dalam lingkungan rumah kita adalah orang yang paling hampir dan yang paling layak untuk memberi bantuan dan pertolongan. Berdasarkan besar peranan jiran ini, maka suka penulis cadangkan agar kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam menjaga silaturarahim dan adab-adab terhadap jiran tetangga. Dalam hal ini Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada jiran.


No comments:

Post a Comment